MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA – KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK
22 December 2020

Menteri Tenaga dan Sumber Asli YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah merasmikan Pra Pelancaran Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ​yang berlangsung di Wisma Sumber Asli, 22 Disember 2020.

Program akan dilaksanakan untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2021 hingga 2025 dan mensasarkan penanaman 100 juta pokok.

Pokok Kita, Kehidupan Kita atau Our Trees, Our Life merupakan tema yang dipilih bagi Program Penghijauan Malaysia ini.

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat kebangsaan pada 5 Januari 2021 di Seri Perdana, Putrajaya.

 

#PokokkitaKehidupankita

#Ourtreesourlife

#100jutapokok

 

 

 

​​
Attachments